Followers

Friday 1 July 2011

Pakai dan Beri

bismillahirrahmanirrahim,

Mari!!! RANGERS Ungu pula bertindak. Cuti 2 bulan memang lama.Banyak perkara boleh di buat dan  Rangers Ungu bersama-sama ibunya telah mengemas rumah. Banyak barang lama sudah tidak di guna pakai lagi, seperti pakaian lama Rangers Ungu dan adik beradiknya,baju melayu, baju kurung dan pakaian sekolah dan lain-lain. 



2 kotak dan satu plastik pakaian lama berjaya dikumpulkan dan masih berkeadaan baik.

Pakaian tersebut telah dihantar di sebuah rumah Mak Cik kawan kepada mak Rangers Ungu yang kurang bernasib baik.

Owh sungguh penat Rangers berbahasa baku (haha ^^), tapi kesimpulannya di sini jangan amalkan konsep PAKAI DAN BUANG sekiranya anda ada pakaian lama yang masih elok dan tidak di gunakan anda, kumpulkan dan amalkan konsep PAKAI DAN BERI. Itu lagi baik dan berkat. Semasa memberi, tetapkan di dalam hati "Lilahitaala". Elakkan pembaziran dan sampah pun kurang. 

1 comment:

peqa said...

pakai dan beri ^^

nice tagline.